Berita

MENU POT LUCK PELBAGAI CITA RASA

|||||
- Diterbit 2 Oktober 2021 2:30 AM MYT

SEKIAN lama dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), peralihan fasa bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya membuatkan orang ramai mula kembali melakukan aktiviti beriadah bersama keluarga tercinta.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah berkelah. Sewaktu berkelah, sudah pasti kita ingin membawa makanan yang menarik dan mudah disediakan.

Tiada idea tentang menunya? Jangan risau, berikut Wilayahku senaraikan lima idea menu pot luck yang berbagai cita rasa untuk anda. Selamat mencuba!

SANDWICH MENTEGA KACANG

BAHAN-BAHAN

Roti coklat kismis

Roti butterscotch

Inti strawberi

Mentega kacang coklat

CARA PENYEDIAAN

  1. Sapukan mentega kacang coklat pada dua keping roti coklat kismis.
  2. Sapukan inti strawberi pada roti
  3. Letakkan roti butterscotch tadi di atas roti coklat kismis dan tutupkan dengan kepingan kedua roti coklat kismis tadi.
  4. Ulang langkah 1-3 untuk roti lain.

KEK BATIK INDULGENCE

BAHAN A (KEK)

800 gram biskut Marie

250 gram mentega

200 gram serbuk Milo

2 sudu besar serbuk koko

1 cawan susu pekat

1 cawan susu segar

1 biji telur

1 sudu kecil esen vanilla

BAHAN B (KRIM)

250 gram krim keju

2 cawan krim putar

BAHAN C (CHOCOLATE GANACHE)

250 gram dark chocolate

2 cawan krim putar

2 sudu besar minyak

CARA PENYEDIAAN

  1. Untuk bahan A, cairkan mentega.
  2. Masukkan susu segar, susu pekat, serbuk Milo dan serbuk koko. Kacau sebati.
  3. Seterusnya, masukkan telur yang telah dipukul bersama esen vanilla.
  4. Apabila sos coklat mula memekat, masukkan biskut Marie yang telah dipatahkan. Kacau sehingga keseluruhan biskut disaluti dengan sos coklat.
  5. Alas loyang 10×10″ dengan kertas pembakar. Lebihkan kertas pembakar sebanyak 2″ pada setiap sudut loyang bagi memudahkan proses mengeluarkan kek batik.
  6. Padatkan adunan biskut tadi. Sejukkan.
  7. Untuk bahan B, putar krim keju dan krim putar.
  8. Tuangkan adunan B di atas bahan A tadi.
  9. Untuk bahan C, satukan krim putar, dark chocolate dan minyak masak ke dalam mangkuk.
  10. Panaskan dalam ketuhar selama 2 jam. Kacau sebati.
  11. Lapiskan chocolate ganache di atas indulgence cream.
  12. Sejukkan kek batik indulgence sekurang kurangnya 4 jam di dalam peti sejuk di bahagian chiller.

SAMOSA DAGING

BAHAN-BAHAN

Kulit popia

Tepung

Minyak masak

Kentang

Daging cincang

Bawang putih

Bawang kecil

Serbuk kari

Daun sup

Daun kari

Garam

Gula

Perasa

Air secukupnya

Minyak

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah ditumbuk.
  2. Masukkan serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan cincang serta kentang.
  4. Masukkan air untuk mengelakkan kentang hangus.
  5. Masak sehingga kentang dan daging sehingga menjadi lembut.
  6. Kemudian, masukkan daun kari dan daun sup.
  7. Ambil kulit popia dan gulung inti menjadi samosa yang berbentuk tiga segi.
  8. Panaskan minyak masak dan goreng sehingga garing.

LADU AYAM

BAHAN-BAHAN

Kulit ladu

Sedikit air untuk membalut ladu

BAHAN INTI

2-3 ulas bawang putih

Serbuk lada hitam

Garam

2 sudu tepung jagung

CARA PENYEDIAAN

  1. Letakkan kulit ladu pada tapak tangan, kemudian letakkan satu sudu kecil inti.
  2. Letak air di sekeliling ladu dan lipatkan.
  3. Ulang langkah 1 dan 2 sehingga adunan habis.
  4. Kukuskan sehingga masak.

DADIH

BAHAN-BAHAN

1 liter susu kotak

⅓ agar-agar tali

Gula

Garam secubit rasa

1 liter air

CARA PENYEDIAAN

  1. Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut.
  2. Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan cita rasa.
  3. Setelah naik wap, padamkan api.
  4. Biarkan sejuk sedikit, kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas