Berita

Shahidan santuni mangsa banjir

SHAHIDAN melawat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa Banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Balai Bomba Rancha-Rancha. Kredit foto: Nazirul Roselan
- Diterbit 2 Oktober 2021 6:05 AM MYT

MENTERI Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyantuni mangsa banjir di Kampung Rancha-Rancha Darat yang terjejas susulan rumah kediaman mereka ditelenggami air, di sini pagi tadi.

Sejurus tiba di Terminal Terbang Antarabangsa Labuan (TTAL) pagi tadi, beliau bergegas ke Pusat Pemindahan Sementara (PPV) di Balai Bomba Rancha-Rancha untuk meninjau sendiri keadaan mangsa-mangsa yang terjejas.

Beliau berkata, kesemua mangsa menerima bantuan kewangan sejumlah RM2,000 bagi meringankan beban kesemua mangsa yang terlibat musibah itu.

“Bantuan makanan akan disalurkan kepada kesemua mangsa mulai hari ini.

“Hari ini adalah lawatan kerja pertama saya ke Labuan dan saya dapat melawat mangsa banjir kilat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Datuk Seri Rosida Jaafar, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Dr Fary Akmal Osman dan Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Seri Amir Hussein. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas