Selebriti

Menangi pakej umrah, tiket penerbangan ke Arab Saudi di Konsert Satu Suara

|ANDA berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah pada Konsert Satu Suara pada 13 Mei ini.
- Diterbit 1 Mei 2023 8:16 AM MYT

PEMINAT penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa Pakej Umrah Jay Ibrahim Al Islam dan empat tiket penerbangan ke Arab Saudi, sempena Konsert Satu Suara volume 3 pada 13 Mei ini.

Apa yang istimewa, konsert anjuran Yayasan Nurjiwa yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur ini turut menampilkan Jay Jay dan Ernie Zakri.

Bukan sahaja boleh menikmati persembahan hebat daripada tiga figura popular ini, malah penonton berpeluang membawa pulang hadiah cabutan bertuah. Memang berbaloi!

Syaratnya mudah sahaja, dapatkan tiket dan anda bakal memenangi hadiah cabutan bertuah ini!

“Kepada semua yang sudah mendapatkan tiket atau baru nak dapatkan tiket menonton Konsert Satu Suara Vol.3 pada 13 Mei ini, semuanya akan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah tersebut.

“Jangan lepaskan peluang ni, cepat-cepat dapatkan tiket ke persembahan konsert amal ini di www.myticket.asia.

“Saya, Jay Jay dan Ernie Zakri menanti anda!

“Terima kasih kepada penaja hadiah cabutan bertuah daripada Jay Ibrahim Al Islam,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Konsert Satu Suara Datuk Seri Siti Nurhaliza muncul untuk volume ketiga selepas lapan tahun dengan kali ini menampilkan gandingan dua penyanyi dari era berbeza iaitu Jay Jay (70-an) dan Ernie Zakri (2000-an).

Konsert yang dianjurkan bersama Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd (SNP) ini merupakan kesinambungan daripada Konsert Satu Suara (2010) dan Konsert Satu Suara Vol. 2 (2015).

Siti mahu menampilkan sesuatu berbeza supaya peminat dan penonton sentiasa menantikan siri konsert seterusnya setiap kali menjayakan konsert trio ini.

Kali ini, penyanyi lagu Kau Kekasihku itu memilih untuk menggabungkan penyanyi-penyanyi popular mengikut peredaran zaman.

“Sebelum ni kita sudah ada rockstar seperti Aizat dan Faizal Tahir dan konsert kedua saya menggabungkan lagenda-lagenda tanah air.

“Kali ini saya rasa mahu mengikut era yang mana artis-artis hebat ini muncul di era mereka dengan pemilihan artis 70-an dari kumpulan Carefree.

“Ernie pula memang sentiasa dalam fikiran saya, kalau dipilih untuk digabungkan dalam Satu Suara,” katanya.

ANDA berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah pada Konsert Satu Suara pada 13 Mei ini.

Sementara itu, konsert yang dianjurkan ini juga merupakan satu usaha bagi mendapatkan dana untuk meneruskan kerja kebajikan Yayasan Nurjiwa milik Siti dan suaminya, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa.

Ini merupakan kali keempat Yayasan Nurjiwa dengan SNP menjayakan persembahan amal selepas Konsert Satu Datuk Siti Nurhaliza (2009), Datuk Siti Nurliza Live in KLCC: Where The Heart Is (2014), Music Of The Soul: An Evening With Datuk Sri Siti Nurlaliza (2022) dan terkini Konsert Satu Suara Vol.3 (2023).

Konsert Satu Suara Vol. 3 adakan dipersembahkan di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, pada 13 Mei depan pada pukul 8.30 malam.
Tiket telah pun mula dijual bermula dengan harga RM288, RM388, RM488 dan RM588 di www.myticket.asia. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas