
Menambat selera dengan masakan Padang
MASAKAN Padang merupakan salah satu menu istimewa Minangkabau yang cukup terkenal dengan kepelbagaian juadah dan kelazatannya malah ia cukup popular dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Bagaimanapun untuk mencari restoran yang benar-benar menghidangkan juadah asli Padang cukup sukar apatah lagi yang mengekalkan resipi asli dan autentik.
Masakan Minang atau Padang yang rata-rata pedas namun sangat sedap. Nak cuba? Berikut edisi Wilayahku kali ini kongsikan kepada anda dua resipi masakan Padang yang boleh anda cuba di rumah. Selamat mencuba!
GULAI TUNJANG
BAHAN KISAR
Kunyit Hidup
Halia
Lengkuas
Bawang merah
Bawang putih
Cili padi
Ketumbar
Lada putih
Buah pala
Cengkih
Jintan putih
Jintan manis
BAHAN TUMIS
Bawang merah
Cengkih
Pelaga
Kayu manis
Daun limau purut
Serai
Daun salam
Daun kunyit
CARA PENYEDIAAN
- Rebuskan tunjang sehingga empuk.
- Kisarkan semua bahan kisar menggunakan
- Tumiskan semua bahan tumis sehingga naik bau.
- Masukkan bahan kisar yang telah diblend.
- Masukkan 2 keping asam keping.
- Kemudian, masukkan tunjang yang telah direbus empuk.
- Masukkan santan. Kacaukan dan tunggu sehingga mendidih.
- Sedia untuk dihidang.
PARU BALADO MERAH
BAHAN-BAHAN
4 kg paru direbus empuk dan dihiris nipis
50 biji cili merah ditumbuk kasar
20 biji cili padi merah ditumbuk kasar
10 batang serai dititik
1 kg bawang besar dimayang halus
1 kg bawang merah ditumbuk lumat
500 gram bawang putih ditumbuk lumat
200 gram serbuk kunyit
10 sudu makan air asam jawa
Garam
Gula
CARA PENYEDIAAN
- Paru yang telah direbus empuk dan dihiris ditabur sedikit garam dan serbuk kunyit, goreng garing. Ketepikan.
- Panaskan lima senduk besar minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau.
- Masukkan serai beserta cili merah dan cili padi tumbuk lalu tumis lagi hingga cili masak.
- Kemudian, masukkan bawang besar, air asam dan paru goreng.
- Tambah garam dan gula secukup rasa. Kaup-balikkan sehingga sebati. – WILAYAHKU