Berita

Masters Jepun: Yew Sin & Ee Yi wakil tunggal negara di separuh akhir

- Diterbit 17 November 2023 12:04 PM MYT

PASANGAN beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menjadi satu-satunya wakil negara di pentas separuh akhir Japan Masters 2023 yang bakal berlangsung esok.

Beregu lelaki profesional itu berjaya menewaskan pasangan kembar dari Taiwan Lee Fang- Chih dan Lee Fang-Jen 21-19, 21-16 dalam aksi suku akhir yang berlangsung pada hari ini di Kumamoto.

Mengambil masa 43 minit, kemenangan ini merupakan perlawanan separuh akhir ketiga mereka musim ini selepas Terbuka Switzerland 2023 dan Terbuka Taiwan 2023.

Yew Sin-Ee Yi kini bakal berdepan regu China yang juga pilihan ketujuh kejohanan, Liu Yuchen dan Ou Xuanyi di pentas separuh akhir esok.

Sementara itu, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah tewas 13-21, 18-21 kepada pasangan tuan rumah Rena Miyaura-Ayako Sakura.

Dua beregu campuran negara – Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing – turut tersingkir pada suku akhir acara Super 500 itu.

Pilihan kelapan Tang Jie-Ee Wei tewas tiga kali berturut-turut kepada pilihan utama Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China 14-21, 14-21.

Turut menamat kempen Kian Meng-Pei Jing yang tunduk 15-21, 16-21 kepada pilihan kedua Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas