Berita

Masih belum ada perbincangan tol percuma sempena sambutan Deepavali

- Diterbit 6 November 2023 4:38 AM MYT

KERAJAAN masih belum mengadakan perbincangan bagi memberi tol percuma sempena perayaan Deepavali.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata sebarang pengumuman pemberian tol percuma berdasarkan kelulusan Kementerian Kewangan (MOF).

“Setakat ini masih belum ada perbincangan, kalau ada pengumuman akan dimaklumkan nanti.

Jika dapat kelulusan MOF kemudian Kementerian Kerja Raya akan mengumumkan sama ada pelepasan tol akan diberikan pada hari perayaan Deepavali nanti,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan RSN Rayer (PH-Jelutong) apakah kerajaan akan memberikan tol percuma sempena sambutan Deepavali. – WILAYAHKU.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas