Berita

Manjakan diri di Hanzalea Women Spa

DATUK Oomi Jannah (duduk kanan) bersama kakitangannya di hadapan Hanzalea Spa yang terletak di Ayer 8 Putrajaya.
DATUK Oomi Jannah (duduk kanan) bersama kakitangannya di hadapan Hanzalea Spa yang terletak di Ayer @ 8 Putrajaya.
- Diterbit 4 Julai 2019 7:03 AM MYT

Oleh AINI MAWAWI
[email protected]
Foto NAZIRUL ROSELAN

KESIBUKAN tugas saban hari sering menjadikan tubuh lesu dan tidak bermaya. Apatah lagi jika berstatus ibu yang berkerjaya. Tidak mustahil keadaan tersebut mampu memicu stres hingga boleh memudaratkan kesihatan.

Stres boleh menjadikan urat-urat menegang dan tidak selesa. Untuk memulihkannya seperti sediakala, tubuh perlu dimanjakan dengan rawatan spa. Hari ini, pelbagai perawatan yang ditawarkan di luar sana, terpulang kepada kita untuk memilih yang sesuai dengan diri.

Rawatan urutan muka (Hanzalea Signature Facial Beauty Therapy) antara pilihan yang sesuai untuk membantu menahan tekanan dan pada masa yang sama dapat menghaluskan kulit serta menghilangkan keletihan.

Tekanan yang dirasai dapat dilihat melalui ekspresi wajah. Jika berterusan, kedutan akan lebih cepat kelihatan. Dengan urutan lembut dari jurukecantikan berpengalaman, secara tidak langsung, mampu membantu melegakan otot muka. Selain itu, urutan muka juga merangsang otot sekali gus mengurangkan bengkak, garis-garis halus serta kedutan. Pada akhir sesi urutan mewah ini, wajah anda akan kelihatan lebih segar dan berasa muda.

Perawatan menarik ini boleh didapati di Hanzalea Women Spa, Putrajaya. Memberi fokus kepada golongan wanita di semua peringkat umur, spa di bawah kendalian Hospital Azalea Putrajaya ini turut menawarkan khidmat penjagaan badan secara tradisional.

Menurut Pengurus Spa, Datuk Oomi Jannah Abd. Hamid yang berpengelaman lebih 30 tahun dalam bidang penjagaan kecantikan, Hanzalea Women Spa merupakan salah satu spa popular di Putrajaya yang menawarkan rawatan 100 peratus secara tradisional Melayu.

Memanfaatkan rangkaian herba-herba tradisional, rawatan di sini bermula dari hujung rambut hingga hujung kaki termasuklah pakej berpantang. Menariknya, ibu-ibu dalam tempoh berpantang boleh mendapatkan perkhidmatan kunjungan ke rumah dengan caj berpatutan.

“Kami menggunakan bahan-bahan asli untuk melegakan, memulihkan dan meremajakan semula tubuh badan. Sementara sesi rawatan berpantang yang terdiri daripada bertungku, mandian herba, bengkung serta urutan bayi juga memberi kesegaran kepada ibu dan juga si comel,” ujarnya.

Tambahnya lagi, rawatan lulur yang disedikan di sini dapat melegakan sakit sendi, demam serta meningkatkan peredaran darah disamping menyegar, melembutkan kulit serta menyingkirkan kulit mati.

“Rawatan lulur akan mengambil masa 90 minit sahaja. Dalam tempoh tersebut, pelanggan akan berasa selesa dengan kehangatan rempah ratus yang menghasilkan haba dan akan meresap ke dalam badan,” ujarnya.

Dengan harga yang berpatutan, anda boleh memanjakan diri dengan pelbagai pakej rawatan istimewa yang terdapat di Hanzalea. Antaranya Hanzalea Sauna Therapy (Infrared), Hanzalea Bertangas Therapy, Hanzalea Special Flower Bath Treasure of OOMI + Scrub dan sebagainya.

Bagi yang memiliki kad keahlian Hanzalea Women Spa, anda berpeluang mendapatkan 10 peratus diskaun setiap kali perawatan serta lima hingga 10 jenis rawatan secara percuma tertakluk pada terma dan syarat.

Apa tunggu lagi, bagi pelanggan wanita terutamanya di sekitar Putrajaya, jangan lepaskan peluang untuk meremajakan tubuh badan anda. Cintai diri sendiri, pasti mereka sekeliling akan ikut mencintai anda.

ANTARA herba yang digunakan untuk set bertangas bagi ibu lepas bersalin
ANTARA herba yang digunakan untuk set bertangas bagi ibu lepas bersalin
ANTARA produk herba yang digunakan.
ANTARA produk herba yang digunakan.
KHIDMAT mandi sauna juga turut ditawarkan
KHIDMAT mandi sauna juga turut ditawarkan.
RAWATAN urutan  muka (Hanzalea Signature Facial Beauty Therapy)yang ditawarkan.
RAWATAN urutan muka (Hanzalea Signature Facial Beauty Therapy) yang ditawarkan.
RUANGAN untuk yang inginkan khidmat mandi bunga.
RUANGAN untuk yang inginkan khidmat mandi bunga.
SET bertungku turut ditawarkan untuk ibu lepas bersalin
SET bertungku turut ditawarkan untuk ibu lepas bersalin.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas