Berita

Mangsa ribut dan banjir di Labuan terima bantuan Tabung Bencana

- Diterbit 29 Ogos 2020 3:48 PM MYT

SEPULUH  keluarga yang ditimpa musibah di Labuan baru-baru ini menerima sumbangan bantuan wang ehsan melalui Tabung Bantuan Bencana Perbadanan Labuan (PL).

Ia susulan berlakunya bencana ribut dan banjir yang menyebabkan berlakunya kerosakan atap terbang dan rumah ditenggelami air.

Ketua Pegawai Eksekutif PL, Dr Fary Akmal Osman berkata, bantuan ini merupakan satu insiatif PL dalam membantu penduduk Labuan yang mengalami musibah.

” Menerusi dengan bantuan ini, kita harap dapat membantu mangsa-mangsa yang mengalami bencana untuk membaik pulih rumah kediaman mereka yang mengalami kerosakan,”

Beliau berkata sedemikian ketika menyampaikan sumbangan bantuan wang ehsan kepada mangsa-mangsa bencana, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan dibawah inisiatif 13 Cakna Wilayah Prihatin (perumahan), PL akan menyediakan kemudahan rumah transit bagi menempatkan penduduk yang ditimpa bencana musibah.

” Kita telah mengenalpasti lokasi yang sesuai dan perumahan sewa PL yang masih kosong akan kita dijadikan sebagai rumah transit.

” PL kini dalam proses menyediakan rumah transit untuk menempatkan mangsa-mangsa bencana dan sebanyak dua buah rumah transit bakal diwujudkan di Labuan dan ia akan dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Tpr Tan Sri Annuar Musa,”katanya. -KHAIRUL IDIN -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas