Utama

‘Lockdown’ berjaya kekang lonjakan 13,000 kes sehari

DR NOOR HISHAM menyatakan Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang meluluskan penggunaan produk Ravida® yang digunakan secara kombinasi dengan ubat lain untuk merawat jangkitan virus hepatitis C kronik (HCV) dalam kalangan orang dewasa. Kredit foto oleh: BERNAMA
- Diterbit 26 Jun 2021 7:27 AM MYT

‘FULL lockdown’ yang dilaksanakan kerajaan berjaya mengelakkan ‘malapetaka’ seperti yang diunjurkan sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negara sebelum ini berdepan risiko kenaikan kes jangkitan sehingga 13,000 kes pada 14 Jun.

Keadaan itu boleh mencecah sehingga 40,000 kes beberapa minggu selepas itu.

“Kita berjaya melandaikan lengkuk jangkitan tetapi masih banyak yang perlu dilakukan untuk menurunkan lagi kes.
“Selagi masih ada pergerakan dan aktiviti berkumpul beramai-ramai di sesetengah sektor, kita akan tetap berada di mana kita hari ini.

“Jika orang lain berdegil, kita sendiri masih boleh membawa perubahan dengan mengamalkan sekatan pergerakan kendiri, menyelamatkan diri dan keluarga,” katanya dipetik dari Astro Awani.

Tambah beliau, ini penting terutama ketika beberapa varian baharu seperti Beta dan Delta, yang mempunyai kadar jangkitan dan kematian yang lebih tinggi.

“Kita sekarang dalam peperangan, dan menyelamatkan negara adalah keutamaan kita. Jika tidak, nasib kita akan jadi seperti India,” ujarnya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas