Berita

100 peratus daftar vaksin

LAMAN sesawang JKJAV memaparkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah mencapai 100 peratus pendaftaran bagi program vaksinasi.
- Diterbit 27 Jun 2021 11:40 PM MYT

BERDASARKAN laporan statistik yang dikeluarkan dilaman sesawang Jawatankuasa
Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin
COVID-19 (JKJAV), Kuala Lumpur
dan Putrajaya mencatatkan 100 peratus pendaftaran bagi suntikan dos
vaksin.

Malah, statistik yang direkodkan
sehingga pukul 11.59 malam, 22 Jun
lalu itu turut memaparkan, Labuan
mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi selepas Selangor.

Daripada jumlah itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa berkata, pihaknya menjangkakan jumlah populasi
Wilayah Persekutuan yang divaksinkan boleh mencapai 80 peratus pada Ogos.

Ujar beliau, ketiga-tiga wilayah tersebut menunjukkan penurunan kes positif dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan 642 kes manakala 104 kes di Labuan.

“Sehingga tarikh itu, jumlah populasi yang mendaftar (vaksinasi) di Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mencapai 100 peratus.

Penerima vaksin dos pertama di Kuala Lumpur
pula 56.16 peratus dan 10.82 peratus
bagi dos kedua.

“Di Putrajaya, jumlah peratusan penerima dos pertama adalah 50.34 manakala dos kedua mencatatkan 30.81 peratus,” katanya dalam sidang akhbar khas pada Rabu.

Mengulas lanjut, Annuar memberitahu, Wilayah Persekutuan Labuan juga sudah mencapai 78.74 peratus pendaftaran bagi program vaksinasi dengan jumlah keseluruhan yang menerima suntikan dos pertama adalah 45.15 peratus manakala 18.77 untuk dos kedua.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka akan mencapai 50,000 suntikan vaksin harian menjelang Julai ini.

Jelasnya, jumlah itu akan dapat dicapai melalui 124 pusat pemberian vaksin (PPV) yang sedang beroperasi iaitu tiga PPV Mega, trak vaksin
bergerak (11), PPV Awam (satu) dan 109 PPV lain-lain termasuk dikendalikan swasta.

Annuar turut memaklumkan, jumlah keseluruhan penduduk yang divaksinkan di ketiga-tiga wilayah telah meningkat daripada 7,000 dos sehari kepada 35,789 dos sehari.
Katanya, di Putrajaya, jumlah dit ingkatkan daripada 1,000 dos sehari kepada 1,800 dos sehari manakala di Labuan, penambahan adalah
sebanyak 2,300 sekali gus menjadikan wilayah itu menerima 3,000 dos sehari.

Bagi Kuala Lumpur pula, beliau
berkata, jumlah suntikan harian vaksin yang diberikan pada 21 Jun lalu adalah sebanyak 30,989 bagi dos pertama dan 4,679 dos kedua.

“Putrajaya mencatatkan 808 dos
pertama dan 788 dos kedua manakala
jumlah kumulatif suntikan vaksin dos
pertama di Labuan adalah 32687 dan
13,591 dos kedua,” jelas beliau.

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas