Berita

Lion Club Mandarin sumbang barang makanan bernilai RM10,000

Pengarah JKM Ansharey (tengah) menerima barangan yang disumbangkan Lion Club Mandarin Labuan di JKM baru-baru ini. Pengarah JKM Ansharey( tengah) menerima barangan yang disumbangkan oleh Lion Club Mandarin Labuan di JKM baru-baru ini.
- Diterbit 27 Oktober 2020 1:09 PM MYT

PERSATUAN Lion Club Mandarin Labuan menyalurkan sumbangan barangan keperluan dan makanan kepada penduduk perkampungan Saguking yang kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula berkuatkuasa pada 21 Oktober sehingga 3 November.

Sumbangan barang keperluan harian dan makanan tersebut membabitkan bernilai sejumlah RM10,000.

Naib Presidennya, Chia Sia Theng berkata antara barangan yang disumbangan seperti susu tepung kanak-kanak, lampin, biskut, tin
makanan, beras, minyak masak dan keperluan penting lain.

“Dalam situasi pendemik COVID-19 ini telah menyebabkan masyarakat kita telag terkesan dan ia diluar jangkaan kita.

“Kita bertanggungjawab untuk menyediakan barangan yang keperluan ini bagi disalurkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya dalam sesi penyerahan sumbangan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah JKM, Ansharey Matarsad.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Lions Club Yuki Wong turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada anggota dan rakan Lions atas komitmen dan sumbangan mereka kepada masyarakat yang terjejas susulan PKPD khususnya golongan kanak-kanak dan warga emas.

Terdahulu, disepanjang tempoh bulan Mac sehingga Julai lalu kelab tersebut telah menyumbangkan sebanyak 20 unit tilam, perabot dan barangan elektrik yang berjumlah RM8,545.00 kepada dua pusat kuarantin di Institusi Latihan Perindustrian Labuan (ILP) dan Asrama Jururawat Labuan. – WILAYAHKU

BARANGAN bantuan sedang diturunkan dan diserahkan kepada penduduk saguking.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas