Berita

PKPD: Kawasan Parkir Lengang, Ramai Penduduk Lari?

KAWASAN parkir yang biasanya penuh dengan kenderaan, tiba-tiba 'lenyap' setelah PKPD diumumkan petang semalam
- Diterbit 28 Oktober 2020 3:26 AM MYT

HARI ini sehingga 10 November, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan di Plaza Hentian Kajang di Selangor, yang melibatkan 7,500 penduduk.

Namun, suasana di kawasan ini menimbulkan pertanyaan apabila kawasan parkir lengang tidak seperti sedia kala, sedangkan semua penduduk sepatutnya berada di rumah dalam tempoh PKPD.

KAWASAN parkir yang biasanya penuh dengan kenderaan, tiba-tiba ‘lenyap’ setelah PKPD diumumkan petang semalam

Setelah ditinjau dan bertanya kepada sebahagian penduduk di sini, mereka juga beranggapan ramai yang bertindak meninggalkan kawasan ini sebaik sahaja Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuatkan pengumumuman petang semalam.

“Mereka tidak wajar melarikan diri kerana status mereka belum diketahui. Kalaulah mereka yang melarikan diri itu positif, ia akan membahayakan orang lain dan semakin merebak di luar kawasan PKPD,” kata salah seorang penduduk di Hentian Kajang.

PKPD di kawasan Hentian Kajang bermula hari ini.

Terdahulu, pada Selasa (semalam) Ismail Sabri mengumumkan pelaksanaan PKPD di dua kawasan Selangor iaitu Plaza Hentian Kajang dan Flat Sungai Emas, susulan kewujudan kluster dan peningkatan kes di kawasan berkenaan.

PENDUDUK diarahkan duduk rumah, tetapi kawasan parkir lengang. Ke manakah sebahagian mereka lari?

Diharapkan semua penduduk dapat mematuhi PKPD yang telah diarahkan oleh kerajaan demi membanteras penularan pandemik COVID-19. 

Duduk rumah, jangan keluar. Sama-sama kita patuhi arahan kerajaan demi menghabiskan COVID-19. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas