Berita

Lemas di kebun nenek…

Lokasi kejadian mangsa tersebut mati lemas di sebuah kolam di Kampung Layang-Layangan Labuan pada Rabu
- Diterbit 20 Ogos 2020 3:21 AM MYT

KEGEMBIRAAN mengikut nenek ke kebun berakhit tragedi selepas seorang kanak-kanak lemas dipercayai terjatuh dalam kolam terbiar.

Kejadian di Kampung Layang-Layangan Labuan petang Rabu itu disahkan Ketua Polis Daerah Labuan Superintenden Muhamad Farid Ahmad.

Menurutnya, polis menerima maklumat daripada Pusat Gerakan Bomba Labuan pada pukul 5.35 petang.

“Hasil siasatan mendapati mangsa bersama abangnya berusia 10 tahun berada di situ bersama neneknya yang mengusahakan kebun.

“Nenek mangsa dikejutkan oleh jeritan abang mangsa meminta pertolongan dari dalam kolam dan memaklumkan adiknya telah tenggelam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, abang kepada mangsa telah diselamatkan oleh neneknya dan pihak Bomba telah dihubungi bagi mendapatkan bantuan. Mangsa berjaya ditemui dan telah dibawa ke hospital bagi tindakan lanjut.

” Mangsa dipercayai terjatuh ditempat kejadian ketika bermain-main dengan abangnya dan mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

” Tiada unsur jenayah didapati dalam kes ini dan kes disiasat sebagai kes mati mengejut,” katanya -OLEH KHAIRUL IDIN -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas