Cakna

Lebih 51 peratus belanja awal raya

ORANG ramai mula berbelanja sempena Hari Raya Aidilfitri
- Diterbit 26 Februari 2024 7:03 PM MYT

LEBIH 51 peratus (%) responden yang juga pengguna akan membuat pembelian awal sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini memandangkan terdapat pertembungan yang didahului dengan pembukaan penggal baharu persekolahan 2024.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Modachi Sdn Bhd, Faizal Zakaria, walaupun responden menyatakan mula berbelanja awal namun sebanyak 70.6% responden menyatakan mereka akan mengikut kemampuan masing-masing dan ‘apa yang ada’ sahaja.

“Bagi sebahagian lagi, responden menyatakan sumber perbelanjaan mereka akan banyak ditentukan oleh jumlah simpanan yang dibuat secara berkala manakala 25.6% mahu menggunakan ‘bonus dan dividen’,” katanya.

Faizal berkata pengguna dijangka akan membeli-belah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dalam penuh kesederhanaan dengan faktor harga menjadi pendorong utama untuk mereka berbelanja.

“92% responden memberi keutamaan terhadap harga sebelum melihat kepada kualiti (80%) manakala 74% lagi mencari promosi harga murah sebagai pendorong utama berbelanja.

“Ada pengguna akan melihat kepada produk berjenama terkenal (46%) namun ia menjadi faktor keempat dalam membuat keputusan berbanding godaan promosi jualan murah. Hanya 22.6% menjelaskan mereka setia terhadap jenama pilihan yang telah mereka gunakan sebelum ini.

“Peratusan tinggi terhadap keutamaan harga ini menyaksikan orang ramai akan kembali membeli-belah secara dalam talian (62.5%) berbanding 37.5% mengakui selesa untuk berurusan dengan kedai fizikal,” jelasnya hampir sepertiga responden (28.6%) menyatakan mereka akan berbelanja bawah RM1,000 untuk sambutan hari raya sebelum ini manakala hampir suku (24%) akan berbelanja bawah RM5,000.

Jelas Faizal, kaji selidik secara rawak mudah dalam talian melibatkan 359 itu mendapati hanya separuh mahu berbelanja secara dalam talian kerana berpendapat harga yang ditawarkan lebih murah (40.2%) berbanding kedai fizikal.

“Analisis mendalam bagaimanapun mendapati, kelompok ini terdiri dalam kalangan pengguna dengan umur 30 hingga 40 tahun terutamanya wanita. Sebanyak 67.9% responden menyatakan mereka akan membeli pakaian secara dalam talian.

“Hampir dua pertiga (60.4%) menyatakan mereka lebih selesa membuat pembayaran untuk pembelian dalam talian menggunakan kaedah pemindahan bank berbanding kad kredit atau kad debit (48.2%),” ujarnya majoriti (77.3%) menyatakan keadaan semasa akan banyak mempengaruhi minat mereka untuk berbelanja,” ujarnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas