Berita

Lawatan duta 30 negara ke Labuan ditangguh

DATARAN Wilayah Persekutuan Labuan. - Gambar hiasan
- Diterbit 10 Mac 2020 4:22 AM MYT

LABUAN – Kementerian Luar mengambil keputusan menangguhkan program lawatan perwakilan duta asing ke Labuan yang sepatutnya berlangsung pada 13 hingga 15 Mac ini kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum tentang isu semasa berkaitan perkembangan terkini wabak Covid-19 yang semakin menular di seluruh dunia.

“Peningkatan angka jangkitan di Malaysia juga adalah dilihat meningkat. Justeru Perbadanan Labuan turut mengambil maklum berhubung dengan kekhuatiran seluruh warga Labuan terhadap isu ini,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, jelas kenyataan itu, pihak Kementerian Luar dan Perbadanan Labuan ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan semua pihak dalam menjayakan perancangan Program Familiarization Visit For Diplomatic Corp berkenaan.

“Harap agar kerjasama ini akan turut diberikan pada masa akan datang semasa program ini dilaksanakan kelak,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas