Utama

LAVISTA anjur acara seni sempena Hari Wilayah Persekutuan 2022

AZIZIE (tengah) bersama jawatankuasa LAVISTA ketika membuat tinjuan di Taman Muhibbah Jalan Anggerik WP Labuan.
- Diterbit 31 Januari 2022 3:09 AM MYT

PERSATUAN Seni Visual Wilayah Persekutuan Labuan (LAVISTA) bakal menganjurkan acara senivisual bagi memeriahkan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) peringkat Labuan pada tahun ini.

Pengerusinya, Azize Mohd Yusoph berkatasepanjang tempoh pendemik melanda hampir dua tahun LAVISTA sepi daripada penganjuran acara seni di Wilayah Persekutuan Labuan.

Sempena SHWP pada bulan Februari 2022 ini, LAVISTA dengan kerjasama Perbadanan Labuan akan menganjurkan beberapa acara seni sebagai usaha memeriahkan Hari Wilayah Persekutuan 2022 dan dalam masa yang sama mengubat kerinduan seniman dan peminat seni visual di Labuan untuk mempersembahkan karya seni mereka kepada umum.

“Antara acara yang akan dipertandingkan adalah Doodle, Cantan Batik, Cosplay dan Seni Kitar Semua yang bertemakan Keluarga Malaysia selaras dengan tema Hari Wilayah Persekutuan pada tahun ini.

Semua pertandingan akan diadakan secara atas talian, walau bagaimanapun hasil karya peserta akan dipamerkan kepada umum pada 26 Ferbuari 2022 di Taman Muhibbah, katanya kepada Wilayahku, baru-baru ini.

Di samping karya seniman terkenal Sabah yang akan menyertai pemeran, LAVISTA turut mengundang beberapa orang seniman seni visual seperti Prof Dr Baharudin Mohd Arus, Kartunis Binjai, pelukis Asmat dan beberapa seniman lagi.

Beliau berkata lagi, kepada mereka yang berminat untuk menyertai boleh mendapatkan borang dan syarat penyertaan melalui laman Facebook Lavista Artisan Market.

Mereka yang berminat untuk menyertai acara yang dipertandingkan boleh mendapatkan borang dan syarat penyertaan melalui laman Facebook Lavista Artisan Market. Hadiah wang tunai menanti pemenang,” katanya lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas