Berita

KWP rancang perluaskan WiFi di PPR

||
- Diterbit 27 Februari 2021 6:26 AM MYT

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan (KWP) sedang meninjau keperluan untuk mewujudkan Zon WiFi percuma di setiap Projek Perumahan Rakyat (PPR) seluruh Kuala Lumpur.

Menterinya, Tan Sri TPr Annuar Musa berkata, cadangan itu merupakan satu inisatif untuk membantu anak-anak PPR yang kebanyakkan daripada keluarga B40 untuk pembelajaran yang banyak menggunakan medium online.

“Ia adalah kemudahan supaya kaedah pembelajaran yang tidak hanya duduk di unit tertentu dan mereka boleh mengulangkaji di taman, tepi korodor dan mempunyai akses terhadap pembelajaran.

“Pembelajaran sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ia sudah menjadi norma baharu walaupun sekolah sudah dibuka, tetapi kaedah pembelajaran secara online itu menjadi satu daripada cara yang boleh melengkapi dengan sistem persekolahan yang formal,” katanya kepada pemberita selepas program penyampaian MYBeras di Balai Bomba Jalan Hang Tuah hari ini.

Hadir sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Nordin Pauzi, dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) Datuk Zaizalnizam Zainun.

Menurut Annuar, cadangan itu sedang diperhalusi pihaknya kerana ia melibatkan kos modal serta kos-kos yang lain.

“Kita sedang jalankan kajian sejauh mana perkara ini boleh dilaksanakan kerana ia melibatkan kos, termasuklah kos tetap dan kos operasi dan yang utana ia merupakan satu keperluan,”

“Bagi membolehkan perkara itu dilaksanakan, terdapat cadangan di beberapa kawasan di Pusat Tumpuan Perniagaan Bersepadu (CBD) akan menjadi Zon WiFi percuma dan ia termasuklah di Jalan Tunku Abdul Rahman dan beberapa batang jalan sekitar CBD sedikit masa lagi. – AZLAN ZAMBRY – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas