Berita

YWP sumbang RM3 juta untuk persediaan kembali ke sekolah

ANNUAR (kiri) menyampaikan beg sekolah sempena Program Riang Ria Ke Sekolah anjuran Yayasan Wilayah Persekutuan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Sarawak hari ini.
- Diterbit 27 Februari 2021 9:59 AM MYT

PRIHATIN dengan kesukaran keluarga yang berpendapatan rendah dan B40, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) menganjurkan program Ria Ria Ke Sekolah yang bertujuan membantu masalah kemiskinan bandar dalam kalangan pelajar.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa berkata, pihaknya menyumbang kira-kira RM3 juta untuk menganjurkan program Ria Ria Ke Sekolah (RRKS) khusus untuk pelajar dari keluarga B40 menghadapi aesi persekolahan yang bakal dibuka Isnin ini.

“Buat pertama kali, tahun ini YWP memberikan baucer RM50 dan boleh ditebus di kedai-kedai buku sekolah sekitar Wilayah Persekutuan bermula 20 Januari hingga 31 Mac 2021.

“Selain itu, pihak YWP turut menyumbang beg sekolah, losyen sanitasi tangan Dan pelitup muka untuk murid sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Annuar, pembaharuan itu dibuat kerana YWP sedar kesusahan yang dihadapi oleh ibubapa untuk menanggung kos buku sekolah.

“Sebelum ini, pihak YWP menyumbangkan baucer pakaian sekolah yang boleh ditebus di beberapa kedai yang bekerjasama dengan pihak kami.

“Oleh kerana keadaan terkini dan terdapat pelbagai bantuan dari pihak lain yang memfokuskan kepada pemberian pakaian sekolah,” katanya.

Annuar berkata, penerima yang terpilih adalah dari pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5 tahun 2021 yang melibatkan seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Sumber nama-nama pelajar yang layak ini diperolehi dari pihak sekolah dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

“Kriteria utama pemilihan ialah mereka yang datang dari keluarga B40.
seramai 31,838 pelajar dari 336 buah sekolah dari seluruh Wilayah Persekutuan,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi YWP berkata, sumbangan tersebut turut disampaikan secara simbolik bersama-sama bantuan MyBERAS dan MyFOOD yang sedang diedarkan secara intensif ke semua warga Wilayah Persekutuan sepanjang bulan Febuari sempena Sambutan Bulan Wilayah Persekutuan.

Hadir sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Datuk Zaizalnizam Zainun dan Pengarah Ekaekutif DBKL, Anwar Mohd Zain.– AZLAN ZAMBRY – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas