Berita

KWP akan salur peruntukan, tambah baik Program Kebun Bandar

MENTERI Wilayah Persekutuan, Datuk Sri Dr Shahidan Kassim, meluangkan masa melawat tiga Kebun Komuniti yang diusahakan oleh Penduduk di Perumahan Awam dan Komuniti. Gambar - NAZIRUL ROSELAN
- Diterbit 12 September 2021 12:25 PM MYT

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan (KWP) akan menyalurkan peruntukan bagi menambah baik program kebun bandar di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, peruntukan itu adalah untuk menambah baik dari segi infrastruktur bagi meningkatkan lagi hasil kebun tersebut.

“Apa yang tealh dibuat cukup baik dan memandangkan kawasan yang ada adalah kecil, saya cadangkan untuk dibuat bertingkat

“Mungkin kita akan tambah para tiga tingkat dan saya akan memberikan peruntukan untuk mereka gunakan tanah ini sepenuhnya.

“Contohnya macam pokok terung, di kebun ini ada kira-kira 1,200 batang pokok dan jika pakai kaedah bertingkat, kita akan dapat 3,600 pokok,” katanya.

Beliau berkata demikian setelah melawat tiga buah kebun bandar di Perumahan Awam Seri Perlis, Kebun Komuniti Sungai Bunus dan Kebun Bandar Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri.

Hadir sama, Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah.

Mengenai kawasan-kawasan yang pernah dimajukan sebagai kebun bandar tetapi ia kemudian ditinggalkan, Shahidan berkata beliau akan mengambi tindakan untuk memperbaiki kawasan tersebut.

“Saya akan mengadakan lawatan dengan Datuk Bandar, kita akan perbaiki dan memajukan lagi kawasan itu.

“Bagi saya, yang baik itu perlu diteruskan dan mesti ada penambah baikkan untuk memberi manfaat kepada warga kota,” katanya.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas