KUMPULAN Megaklinik Zahran (KMZ) merancang menambah 18 lagi cawangan selaras dengan Visi dan Misinya (VM50) iaitu membuka 50 cawangan hingga tahun 2025.
Menurut Ahli Lembaga Pengarah merangkap Ketua Pegawai Operasi KMZ, Datuk Mohd Nafidz Abdul Razak, VM50 menyasarkan 50 cawangan ini akan menjana ekonomi setempat yang bernilai RM100 juta setahun.
“Harapan saya adalah untuk memberikan perkhidmatan perubatan yang berkualiti dengan moto ‘Yang Pertama Di Mana-Mana’ di samping dapat melahirkan ramai usahawan berjaya dengan model perniagaan KMZ yang akan disumbang semula kepada masyarakat, bangsa dan agama.
“Program pelesenan ini diwujudkan bagi mendukung visi dan misi KMZ dalam membantu kerajaan membangunkan ekonomi negara khususnya dalam bidang kesihatan dengan menyediakan fasiliti dan servis kesihatan khas untuk seluruh lapisan masyarakat,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Beliau turut memaklumkan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah memberikan dana kepada Pelesenan KMZ dengan peruntukan maksimum RM5 juta ba[1]gi sebuah klinik berkonsepkan Mega.
Sementara itu, pada 18 Januari lalu, KMZ telah mengadakan Majlis Apresiasi Usahawan Pelesenan KMZ di Grand Hyatt Kuala Lumpur dengan kehadiran beberapa tetamu jempu[1]tan seperti Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar, Ketua Pegawai PUNB, Izwan Zainuddin, 17 orang usahawan serta ramai lagi.
“Jenama KMZ ini turut menjadi pilihan usahawan dalam kalangan selebriti antaranya Radin Radio ERA, Fad Bocey, Syaheera A Rahman, Tasha Manshahar, Raqib Majid, Dr Fitri Haris dan isteri, Safwan Nazri serta kapten pemain bola sepak, Razman Roslan dan isteri,” tambahnya.
KMZ merupakan pilihan klinik pesakit luar secara holistik telah menjadi perhatian ramai terutama ketika pandemik COVID-19 kera[1]na menjadi klinik pertama swasta di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan kelengkapan COVID-19 bermula dengan Pusat Saringan, Pusat Penilaian (CAC), Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 swasta (PKRCs) kategori rendah dan juga Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
“Secara wajarnya, KMZ akan terus berusaha memberikan sokongan dan dorongan kepada mereka yang terlibat di samping memastikan industri kesihatan terus berkembang pesat,” ujarnya yang akan sentiasa bersemangat dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. – WILAYAHKU