Berita

KPM johan keseluruhan World Robot Olympiad 2023

KREDIT foto: Facebook Fadhlina Sidek.
- Diterbit 12 November 2023 3:45 AM MYT

PASUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) muncul johan keseluruhan Pertandingan Antarabangsa World Robot Olympiad (WRO) 2023 di Panama City, Panama, baru-baru ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam capaiannya di Facebook berkata kemenangan itu adalah penghormatan buat Malaysia yang menyaksikan Jalur Gemilang berkibar di pentas antarabangsa.

 “Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada kontinjen negara yang diwakili oleh 49 orang peserta dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah serta pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG),” katanya.

Fadhlina berkata kejayaan itu merupakan kejuaraan kali ke-11 daripada 19 kali penyertaan Malaysia dalam WRO.

Pasukan negara berjaya meraih empat pingat emas dan dua pingat perak daripada keseluruhan tujuh kategori yang dipertandingkan tahun ini. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas