Selebriti

Konsert Lowcost Fiesta Tour meriah! Baby Shima pukau 35,000 penonton

||||
- Diterbit 14 Mac 2023 9:09 AM MYT

MERIAH! Itulah yang dapat digambarkan apabila penyanyi popular Baby Shima berjaya ‘memukau’ hampir 35,000 penonton dalam konsert sempena Lowcost Fiesta Tour yang berlangsung di Padang Pekan Kunak, Sabah, pada 12 Mac baru-baru ini.

Membawakan lagu-lagu irama dangdut popularnya, pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli menampilkan persembahan yang cukup luar biasa sehingga membuatkan semua penonton puas.

Shima yang merupakan satu-satunya artis yang membuat persembahan di konsert tersebut membawakan lagu Pura-Pura Bujang, Kopi Dangdut, Aya Susanti, Madu Tiga, Yang Penting Happy dan Ada Gajah Di Balik Baru.

“Terkejut saya. Tak sangka hampir 35,000 penonton hadir menonton persembahan saya secara live. Terima kasih semua penduduk Kunak yang hadir.

“Terima kasih pihak penganjur kerana mempercayai bakat Shima yang merupakan satu-satunya artis pada malam konsert ttersebut ,” katanya.

BABY Shima berjaya ‘memukau’ hampir 35,000 penonton dalam konsert sempena Lowcost Fiesta Tour yang berlangsung di Padang Pekan Kunak, Sabah, pada 12 Mac baru-baru ini.

Dalam pada itu, Shima juga mengaku kecaman-kecaman yang dilontarkan kepadanya sedikit sebanyak membuatkan dirinya risau dengan penerimaan peminat.

Namun sangkaan itu meleset sama sekali apabila persembahannya mendapat sambutan yang hebat.

“Apa yang membuatkan saya terharu apabila ramai peminat datang meskipun saya sering dikecam apabila banyak isu ‘panas’ mengaitkan diri saya.

“Tidak ada yang lebih menggembirakan seseorang penyanyi apabila dia terus dihargai peminat. Tanpa peminat siapalah saya.

“Sebagai manusia biasa tak ada yang sempurna. Kepada yang suka menghentam saya dengan kata-kata kecaman, saya tak mampu menghalang mereka. Dalam masa yang sama, kecaman tak datangkan kudis kepada saya.

“Setiap kecaman membuatkan saya lebih kuat. Manakala pujian yang diberikan pula tidaklah membuatkan saya rasa hebat. Ini kerana semua orang ada kelemahan mmasing-masing,” jelasnya.

Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi, pelakon filem Biko ini

“Buang yang keruh, ambil yang jernih. Sempena bulan Ramadan, rasanya lebih baik kita semua sucikan hati.

“Kurang-kurangkanlah mengecam, menghina dan memfitnah terutamanya dalam media sosial. Saya tak tujukan kepada siapa-siapa, cuma untuk peringatan kita bersama,” tambahnya lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas