Berita

Konflik Gaza: AS mesti bersikap adil – PM Anwar

Kredit foto: Facebook Anwar Ibrahim
- Diterbit 18 November 2023 7:37 AM MYT

PRINSIP keadilan dan hak asasi manusia adalah penting untuk ditegakkan termasuk dalam isu perdagangan global dan pertumbuhan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Oleh itu, katanya Amerika Syarikat harus bersikap adil dan tidak harus bersikap berkecuali apabila berbincang mengenai konflik di Gaza.

“Saya menegaskan keperluan untuk semua negara mendesak genjatan senjata di Gaza supaya tiada lagi orang awam yang terkorban terutamanya bayi,”

“Hentikan kekejaman, hentikan ia sekarang,” tegasnya pada sesi permukiman Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC, Jumaat, yang dipengerusikan oleh Presiden Amerika Joseph Biden, dengan dihadiri oleh semua wakil daripada 20 Ekonomi APEC yang lain.

Semasa permukiman itu Anwar yang juga Menteri Kewangan menyatakan bahawa Malaysia yang merupakan sebuah negara dagang perlu mempunyai hubungan perdagangan yang baik dengan kuasa besar termasuk Amerika Syarikat dan China. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas