Berita

Kolam renang berwajah baharu

- Diterbit 22 Disember 2023 9:50 AM MYT

PASTI ramai yang teruja apabila pihak Perbadanan Putrajaya mengumumkan pembukaan semula kolam renang di Presint 16 yang kini berwajah baharu dengan pelbagai penambahbaikan telah dilakukan.

Lokasi yang dibuka semula baru-baru ini itu dijangka mendapat sambutan menggalakkan sekali gus akan membantu menjana ekonomi Putrajaya.

Dalam masa sama, orang ramai juga diingatkan untuk membawa pakaian renang seperti yang telah ditetapkan untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Untuk pengetahuan semua, kolam renang Presint 16 dibuka setiap hari kecuali Jumaat minggu kedua dan keempat serta cuaca hujan.

Waktu operasi kolam pula dibahagikan kepada beberapa sesi iaitu sesi pertama: 9 hingga 11 pagi, sesi kedua: 1 hingga 3 petang, sesi ketiga: 5 petang hingga 7 malam dan sesi keempat: 8 hingga 10 malam.

Sementara itu, bayaran masuk bagi setiap sesi adalah RM2 untuk kolam dewasa manakala RM1 untuk kolam kanak-kanak.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi Kaunter Khidmat Pelanggan KKjP16 di talian 03-8887 7669. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas