Artikel

‘Kluster kayangan’ tidak tahu erti syukur?

PERMINTAAN makanan daripada 'kluster kayangan'.
- Diterbit 21 April 2020 9:06 AM MYT

ACAP kali ‘kluster kayangan’ menjadi bahan bicara sama ada di dunia maya mahu pun

makcik Kiah yang sedang mengupas pisang.

Tidak kurang herdikan daripada kelompok Bawang Rangers yang begitu jelik mendengar
komplen daripada golongan ‘kayangan’ tersebut yang seakan tidak bersyukur dengan nikmat
disediakan kerajaan Malaysia.

Ada sahaja yang tidak kena di mata golongan tersebut, dari segi tempat kuarantin sehingga
makanan yang disediakan.

Lebih mencabar lagi apabila terdapat pelbagai permintaan tentang menu harian, sekiranya
tidak mahu daging lembu atau hanya vegie boleh diterima kerana ia bersangkut paut dengan
agama, tetapi yang lain-lain? Adakah wajar permintaan anda?

Bagaimanapun, tidak semua ‘kluster kayangan’ lupa erti bersyukur. Baru-baru ini, satu
rakaman video menceritakan pengalaman seorang anak muda yang menjalani perintah
berkurung di Madinah.

Dalam rakaman video berdurasi 6 minit 12 saat itu, Zahirudin Zahwan Yahya menceritakan
keadaan kuarantin di Malaysia jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Madinah.

“Sekarang ini, saya berada di Hotel Marriot Putrajaya, kuarantin hari keenam selepas pulang
dari Arab Saudi pada 10 April lepas. Pada 14 Mac, Saudi umumkan penutupan airport selama dua minggu. Alhamdulillah, di Madinah menyediakan penempatan rumah sewa.

“Saya berada di sana dari 14 Mac hingga 8 April, tinggal seorang, rumah sewa di satu bangunan seperti rumah flat kalau di Malaysia. Saya tinggal di bahagian bawah. Kita panggil kekurangan sedikit, pertamanya, masalah air, tekanan air agak perlahan dan keadaan di situ dalam kawasan pembinaan jadi banyak habuk dan kemudian kawasan itu ada timbunan pasir untuk pembinaan dan jadi tempat kucing melepaskan hajat. Jadi bila buka pintu rumah akan bau najis kucing.

“Walaupun begitu masih lagi bersyukur kerana diberikan penginapan untuk saya bermalam di situ sementara tunggu penerbangan.

“Saya juga dapat berita Saudi sudah mulakan perintah berkurung dan memanjangkan perintah berkurung sehingga pukul 7 pagi. Keluar hanya untuk beri barang makan selepas 3 petang. Kedai shawarma masih dibuka dan kiosk juga dibuka, tetapi masuk minggu ketiga saya berada di situ, semua kedai yang disebutkan tadi ditutup kecuali mini market.

“Pendek kata, mini market sahaja yang dibuka, berselang seli makan roti, barang ‘frozen’ atau megi, bila semua dah tutup saya hanya ke market untuk beli roti bun sahaja dan boleh kata lebih kurang tinga minggu saya makan selang seli megi dan roti.

“Ini bukan bermakna saya tidak bersyukur tetapi mahu menggambarkan kepada semua tentang keadaan saya di sana. Seminggu, dua minggu boleh hadapi tapi bila masuk minggu ketiga beri tekanan jiwa,” katanya.

Justeru, keputusan kerajaan bahawa rakyat Malaysia yang berada di negara luar dan ingin
pulang perlu menanggung kos pengangkutan sendiri selain mengeluarkan belanja sekiranya
mahu di kuarantin di hotel mewah.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas