Sekilas

Kisah pemilik butik Sellection ini sungguh menginpirasikan, kerja itu ini sebelum berjaya

|MUFIN pisang yang menjadi pencetus atau asbab kepada kerjayanya kini sebagai pemilik butik Sellection|RAFIDAH di samping tunjang kekuatannya
- Diterbit 6 Januari 2022 9:00 AM MYT

KISAH pengasas butik dalam talian dan fizikal, Sellection, Nor Rafidah Khairuddin ini cukup menginspirasikan dan pernah tular sebelum ini.

Mengimbas kisah permulaan kejayaan yang cukup menginspirasikan, beliau penah melakukan pelbagai kerja ketika berhijrah ke Montreal, Kanada pada tahun 2014.

Termasuk menjadi pembantu dapur, bekerja di hotel “housekeeping job”, mendapat gaji $10 (sekitar RM42) sehari sahaja demi niatnya untuk membantu suami dan menambah sumber pendapatan.

MUFIN pisang yang menjadi pencetus atau asbab kepada kerjayanya kini sebagai pemilik butik Sellection

Ketika itu anak bongsu daripada tujuh beradik ini mengikut suami tersayang, Abdul Hadi Wisman yang bekerja di sana.

Paling kemuncak keputusannya mencuba nasib menjual mufin pisang hasil resipi ciptaan sendiri di kafe sekitar Montreal.

“Gigih saya jalan kaki dari satu kafe ke satu kafe di Downtown Montreal untuk memberi ‘tester’ mufin pisang. Saya dipandang jelek, kena ‘reject’ dan tidak ada siapa ingin menerima kerana saya muslim dan bertudung.

“Tapi ia tak mematahkan semangat dan saya terus kuat mencari peluang tanpa mengalah,” katanya.

RAFIDAH di samping tunjang kekuatannya, suami tercinta Abdul Hadi.

Kesungguhan Rafidah ini turut menjadi asbab kepada laluan rezeki dan kejayaannya kini.

“Jika dikenang semula semua kisah itu, saya ada kalanya menangis dalam kegembiraan. Tak sangka hasil duit jualan mufin itu, saya hargai diri dengan membeli beg tangan berjenama pertama di Montreal Premium Outlet.

“Terlintas pula nak jadi ‘personal shopper’ ambil pesanan dan tempahan daripada rakyat Malaysia. Masa itu niat nak beri peluang mereka yang lain untuk merasa pakai barangan mewah dan berjenama dengan harga mampu milik jenama dari Amerika Syarikat.

“Niat itu dipermudahkan, hingga saya tak sangka boleh memiliki perniagaan menjual beg tangan dan aksesori fesyen wanita dan lelaki yang tulen berjenama seperti Coach, Michael Kors, Fossil dan Kate Spade,” katanya.

KENANGAN di sebuah pasar di Kanada saat membeli persiapan menyiapkan mufin pisang.

Bermula menggunakan medium Facebook Page – Branded Handbags by Rafidah untuk mengetengahkan perniagaan itu pada 2014, Rafidah kemudiannya membuka butik fizikal di Kuala Lumpur pada tahun 2018 dengan menubuhkan jenama Sellection.

Ia disusuli dengan mewujudkan domain laman sesawang http://www.sellection.com

Kini, Sellection.com – Branded Fashion Outlet ialah platform beli belah dalam talian pilihan utama dan dipercayai ramai di Malaysia.

Menariknya, jenama ini menyediakan pelan pembayaran ansuran sebanyak tiga kali buat semua pelanggan.

Ekoran fasa pandemik COVID-19 menyerang, cabaran yang dihadapi mereka ialah butik fizikal terpaksa ditutup dan tidak boleh beroperasi.

“Mujur laman sesawang menjadi penyelamat waktu getir ini kerana 80 peratus jualan diraih daripada situ. Pelanggan boleh membeli-belah secara dalam talian dengan mudah dan cepat di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.

“Insya-Allah tiada aral, butik lama akan berpindah ke lokasi baru yang lebih besar tidak lama lagi,” katanya.

Mengetengahkan tagline ‘Embracing Confidence’ atau meraikan keyakinan telah berjaya merealisasikan impian ramai wanita dan lelaki untuk memiliki barangan berjenama antarabangsa serta kekal bergaya dan berkeyakinan.

“Kami sangat terbuka menerima semua pelanggan tanpa mengira status atau latar belakang. Saya percaya menghargai dan menjaga pelanggan dengan baik adalah kekuatan perniagaan ini sejak ia ditubuhkan pada 2014.

“Ini terbukti dengan lebih 3,200 testimoni positif di laman sesawang kami. Begitu juga lebih 360 testimoni positif di carian Google setakat ini.

“Kami bukan sekadar menjual barang, tapi kami ingin memberi nilai dengan membantu pelanggan memilih beg tangan yang diingini serta memberikan tip penggayaan bersesuaian dengan personaliti mereka dan acara yang dihadiri,” sambungnya lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas