Berita

Khaira Care dekati penduduk Pohon Batu

CHE MAT (duduk dua dari kiri ) bergambar selepas majlis perasmian program gotongroyong anjuran Khaira Care PPZ-MAIWP di kampung Pohon Batu, Labuan baru-baru ini.
- Diterbit 26 Oktober 2019 2:10 PM MYT

KERJASAMA. Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam WIlayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melalui program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) ‘Khaira Care’ telah menganjurkan program gotong-royong perdana di Kampung Pohon Batu, Labuan baru-baru ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pohon Batu dan masyarakat tempatan.

Gotong royong itu juga merupakan satu aktiviti untuk mendekatkan PPZ-MAIWP dengan komuniti setempat selain memberikan kesedaran mengenai kewajiban berzakat kepada orang ramai yang layak menunaikannya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas