Berita

PERKEP Kuala Lumpur anjur kejohanan boling

ANIZAH (tengah) bergambar bersama pasukan PERKEP IPD Putrajaya yang muncul johan keseluruhan Kejohanan Boling 10 Pin Piala Pengerusi PERKEP Kuala Lumpur di IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini.
- Diterbit 26 Oktober 2019 2:08 PM MYT

MESRA. Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Kuala Lumpur telah menganjurkan Kejohanan 10 Pin Boling Piala Pengerusi PERKEP 2019 di pusat membeli-belah IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini.

Pengerusi PERKEP Kuala Lumpur yang juga isteri kepada Ketua Polis Kuala Lumpur, Datin Seri Anizah Musa bersama Pengerusi PERKEP Jabatan dan Daerah serta ahli-ahli persatuan itu di Kontinjen Kuala Lumpur hadir dalam kejohanan yang menyediakan beberapa kategori.

Turut serta di dalam kejohanan itu, YBPengerusi PERKEP IPD Putrajaya, Dr. Normazila Muhammad.

Kejohanan dimulakan dengan nyanyi an lagu PERKEP dan para peserta diper kenalkan Anizah sebelum beliau menyempurnakan gimik perasmian kejohanan tersebut.

Pada pertandingan itu, Normazila muncul johan kategori VVIP manakal PERKEP IPD Putajaya muncul johan keseluruhan kejohanan tersebut.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas