Berita

Ketua Polis Labuan baharu dilantik

MOHD HAMIZI (kanan) menerima tongkat Ketua Polis Labuan daripada Ahmad (kiri) disaksikan Jauteh pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Labuan pada Isnin.
- Diterbit 21 Julai 2023 6:00 AM MYT

SUPERINTENDAN Mohd Hamizi Halim kini dilantik sebagai Ketua Polis Labuan yang baharu.

Beliau dilantik bagi ­menggantikan Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP), Ahmad Jawila yang kini menjawat ­jawatan baharu di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah.

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Labuan yang diadakan di Dewan Bancolasi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Labuan itu disaksikan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah (CP), Datuk Jauteh Dikun.

Datuk Jauteh ketika berucap ­pada ­majlis itu menyeru kepada para ­anggota polis agar menghayati enam ­teras Malaysia Madani iaitu Kemampuan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat dan Keyakinan Insan.

Jelas beliau, kesemua teras tersebut mampu menjadikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai sebuah organasasi yang lebih mantap dalam menguatkuasakan undang-undang.

Beliau turut berharap agar ­warga IPD Labuan ­memberikan ­sokongan ­sepenuhnya kepada ­kepimpinan ­baharu tanpa membandingkan dengan ­kepimpinan yang lama.

“Saya berharap semua anggota IPD Labuan dapat memberikan sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan baharu serta sentiasa menjaga integriti seperti yang disarankan oleh Ketua Polis Negara (KPN),” kata beliau. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas