Berita

Kes tipu jual topeng muka babitkan kerugian RM1.5 juta

MUHAMMAD YAZID
- Diterbit 13 April 2020 6:34 PM MYT

SHAH ALAM – Sebanyak 144 kes penipuan melibatkan penjualan topeng muka dilaporkan di seluruh negeri Selangor dengan kerugian mencecah RM1. 5juta.

Jurucakap Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew menegaskan, seramai 20 individu telah ditahan dalam membantu siasatan kes tersebut.

“Modus operandi penipuan ini berlaku susulan permintaan tinggi di kalangan masyarakat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Justeru, kita menasihatkan orang ramai lebih peka dan tidak terpedaya dengan penipuan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Jelas beliau, orang ramai boleh melakukan semakan terhadap akaun sindiket penipuan di laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule. – Wilayahku

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas