Berita

Kes COVID-19 global kini melebihi 32 juta

- Diterbit 25 September 2020 4:19 AM MYT

KES COVID-19 global kini sudah melebihi 32 juta pada Khamis, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut Johns Hopkins University, jumlah kes global mencecah 32,048,333, dengan setakat ini sudah meragut 979,454 nyawa.

Amerika Syarikat kekal negara yang melaporkan paling banyak kes dan kematian, masing-masing berjumlah 6,962,333 dan 202,467. India pula mencatatkan 5,732,518 kes. Brazil melaporkan 4,624,268 kes dan 138,974 kematian, jumlah korban kedua tertinggi di dunia.

Negara dengan lebih 700,000 kes termasuk Rusia, Colombia, Peru, Mexico dan Sepanyol. Sementara itu negara lain yang menyaksikan korban melebihi 35,000 orang antaranya India, Mexico, Britain dan Itali. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas