PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap golongan pelampau yang menghasut bagi serta memastikan keselematan negara terjamin.
Menerusi Perutusan Negara, Perdana Menteri berkata tindakan itu diambil susulan beberapa insiden keganasan yang berlaku kebelakangan ini yang telahpun meragut nyawa dua anggota keselamatan ketika sedang melaksanakan tugas.
“Saya ingin memberi jaminan bahawa kita sudah mengadakan pertemuan dengan pasukan keselamatan dan akan bertindak keras terhadap gerombolan itu.
“Ada usaha untuk mengeruskan suasana dalam keadaan negara yang aman dan ekonomi mula mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan.
“Insya Allah keadaan akan bertambah tenang dan terkawal,” katanya.- WILAYAHKU