Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berita

“Cukuplah Kak long sahaja gagal dalam perkahwinan”… Bella Astillah harap Didi bahagia bersama Diniey Ng

- Diterbit 22 Mei 2024 4:00 PM MYT

PENYANYI dan pelakon popular Bella Astillah berharap nasib yang menimpa (gagal dalam rumah tangga) tidak terjadi kepada adiknya, Didi Astillah.

Menerusi sebuah ucapannya ketika majlis hari jadi kekasih adiknya, Didi Astillah iaitu Diniey Ng,  Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, turut menzahirkan rasa syukur apabila Didi dipertemukan dengan lelaki yang sabar melayan karenah adiknya itu.

“Selamat hari jadi Diniey. Kak long gembira Didi dapat lelaki yang sabar sebab Kak long kenal macam mana adik Kak long.

“Dia orang yang tiada kesabaran dan panas baran tetapi Diniey boleh sabar tapi Kak.Long harap jangan sebelum kahwin je. Dan jangan pernah berubah.

“ Cukuplah  Kak long sahaja gagal dalam perkahwinan, tidak mahu adik lalui benda sama,” luah Bella menerusi sebuah video di hantaran Instagram Diniey Ng.

Pelantun lagu Tenang ini juga berharap Diniey boleh menyayangi dan menghormati keluarganya.

“Kak long tidak pernah minta Diniey menjadi orang paling kaya.

“Cukup setia. Sayang dan hormati keluarga Kak long.

“Kak long doakan Diniey berjaya dunia akhirat dan sentiasa dipangjangkan umur,” ujarnya lagi.

Selain Bella dan keluarga, difahamkan majlis hari jadi tersebut turut disertai rakan terdekat mereka. – WILAYAHKU

 

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas