Berita

Kenyataan RM500 juta dan RM750 juta berdasarkan usul Yang di-Pertuan Agong

- Diterbit 20 Mac 2024 4:52 PM MYT

KENYATAAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari 2024 berkaitan derma RM500 juta dan RM750 juta yang dikeluarkan pada hari tersebut adalah berdasarkan usul oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustaffa berkata kenyataan media yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri adalah sejurus selepas sesi menghadap Al-Sultan Abdullah bagi menyembah maklum urusan kertas-kertas Jemaah Menteri dan hal ehwal semasa.

“Kenyataan media berkaitan derma RM500 juta dan RM750 juta yang dikeluarkan pada hari tersebut adalah berdasarkan usul oleh YDPA.

“Seandainya ada mana-mana pihak yang berkemampuan dan ingin menderma hendaklah disalurkan terus kepada golongan yang memerlukan seperti golongan asnaf dan golongan miskin dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas – PAS) di Dewan Rakyat pada Selasa. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas