Berita

Kejayaan lawatan ke Jerman luar biasa – Anwar

KREDIT foto: BERNAMA.
- Diterbit 18 Mac 2024 10:00 AM MYT

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan kejayaan lawatan ke Jerman amat luar biasa kerana hasil kerjasama berpasukan perkhidmatan awam.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kejayaan itu ialah usaha setiap jabatan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Kementerian Luar yang membuat persiapan awal.

“Dia (pelabur) nilai kita jauh lebih cekap, keputusan cepat dan tidak berlaku ketirisan. Saya jumpa beberapa (syarikat) besar yang setuju labur segera, pandangan mereka terhadap dasar kerajaan, pimpinannya dan penjawat awam sangat positif.

“Saya ingin ambil peluang melalui Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali untuk katakan alhamdulillah, syukur dan bangga berkhidmat dengan semangat penjawat awam sedemikian kerana kesannya dan sambutannya luar biasa,” kata beliau ketika berucap pada perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Sabtu lepas, Perdana Menteri berkata lawatan rasmi selama enam hari ke Jerman baru-baru ini, berjaya mengukuhkan persahabatan yang sedia erat antara kedua-dua negara.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas