Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berita

Kediaman anak Amir UK’s terbakar

TANGKAP layar insiden kebakaran yang membawa kerugian berjumlah RM200,000
- Diterbit 24 Mei 2024 3:00 PM MYT

KEDIAMAN dua tingkat milik anak kepada vokalis Amir UK’S, Mohd Aliff Naim Mohd Azmir yang terletak di Taman Mewah, Kajang terbakar pada malam Sabtu minggu lalu.

Menurut isteri kepada Aliff, Nur Farhana Nor Afandi, bahagian tingkat atas kediaman mereka hangus dan tiada satu barang pun yang sempat diselamatkan.

“Biarpun api tidak sempat merebak ke tingkat bawah namun kesan tersebut menyebabkan banyak peralatan rumah tidak dapat digunakan lagi,” ujarnya sebak.

Berkongsi lanjut tentang kejadian tersebut, Farhana berkata insiden kebakaran pada pukul 9 malam menyebabkan kerugian sebanyak RM200,000.

“Kami mula sedar apabila dua orang anak saya melihat bilik tingkat atas yang dijadikan stor terbakar. Bayangkan api merebak dengan pantas ke bilik-bilik lain.

“Saya, suami dan bayi yang ketika itu di tingkat bawah sedang menonton televisyen terus bergegas membawa anak-anak keluar. Tiada apa pun barang yang dapat kami selamatkan melainkan telefon bimbit.

“Sebaik sahaja kami keluar rumah, api merebak ke bilik sebelah dan meletup disebabkan gas penghawa dingin di bilik itu.
Situasi ini menyebabkan semua bilik bahagian atas hangus,” ujarnya.

“Kini dia dan keluarga terpaksa menumpang di rumah bapa saudara selain berikhtiar untuk membaik pulih rumah tersebut namun kos yang besar agak merumitkan keadaan,” ujarnya.

Bagi ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB, 7016032125. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas