Berita

Kaunter ujian swab Covid-19 di Terminal Feri Labuan

UJIAN swap dilakukan terhadap individu yang memasuki Labuan.
- Diterbit 19 April 2020 1:21 PM MYT

LABUAN – Jabatan Kesihatan Labuan telah membina kaunter ujian swab di Terminal Feri Labuan bagi mengawal penyebaran Covid-19 di pulau itu mulai hari ini.

DR. ISMUNI

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri WP Labuan Dr Ismuni Bohari berkata, kaunter ujian swab ini diperlukan berikutan peningkatan jumlah penumpang dan pemandu kenderaan yang memasuki pulau ini melalui terminal feri dari Sabah setiap hari.

“Perlu dilakukan ujian swab di terminal feri di sini terhadap 100 penumpang yang memasuki Labuan melalui terminal ini dari daratan setiap hari.

“Kaunter ini juga akan berfungsi sebagai tempat pemeriksaan terhadap pekerja minyak dan gas,” katanya ketika ditemui hari ini.

Labuan kini mempunyai tiga kaunter ujian swab iaitu di Klinik Kesihatan Membedai, diikuti satu lagi di Lapangan Terbang Labuan dan Terminal Feri Labuan.

KAUNTER ujian swab yang disediakan untuk menyaring individu yang masuk melalui Terminal Feri Labuan.

Dr Ismuni berkata, Labuan masih diisytiharkan sebagai zon kuning Covid-19 sehingga ketiga-tiga kes yang tersisa pulih sepenuhnya dan tidak ada kes baharu yang direkodkan selama 14 hari.

Labuan merekodkan 16 kes positif Covid-19, 14 kes telah sembuh (dicaj) manakala 4 kes masih dalam rawatan. Tiada kes kematian direkodkan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas