Berita

Kastam Labuan tumpaskan penyeludupan minuman keras

- Diterbit 6 Julai 2020 2:55 AM MYT

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Labuan berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan pelbagai minuman keras menerusi Op Benteng di perairan Sungai Menumbok pada 30 Jun lalu.

Menerusi kenyataan JKDM dilaman facebook menyatakan penyeludupan tersebut melibatkan minuman keras pelbagai jenama disyaki barang tak berkastam serta sebuah bot laju dengan 2 unit enjin yang melibatkan nilai rampasan

Anggaran nilai rampasan RM120,000.00 dan anggaran nilai cukai yang terlibat adalah RM30,000.00 .

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak JKDM.

Dalam pada itu, JKDM menyatakan bahawa operasi yang dijalankan bertujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat terhadap pendirian JKDM dalam menangani kegiatan penyeludupan. – OLEH KHAIRUL IDIN -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas