Berita

Kamaruzaman terajui MTCC

KAMARUZAMAN (kiri) terajui MTCC sejak 11 Mei lalu.
- Diterbit 4 Jun 2020 7:26 AM MYT

KUALA LUMPUR – Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) mengalu-alukan pelantikan Kamaruzaman Mohamad sebagai Pengerusinya yang baharu, berkuatkuasa pada 11 Mei lalu.

Kamaruzaman merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) (1997) dan Ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan Sistem Maklumat (2000) dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau memulakan karier sebagai pensyarah dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) di sebuah kolej swasta pada tahun 2000 sebelum meneruskan kerjaya dalam industri perkhidmatan di sektor swasta khusus dalam bidang insurans takaful.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Ketua Bahagian Integrasi Web serta Ketua Bahagian Pengurusan Sistem Maklumat.
Kamaruzaman kemudian mengasah kemahiran dan kepakarannya dalam bidang jualan, perkhidmatan dan pengurusan sumber manusia ketika berkhidmat di sebuah agensi takaful dan amanah saham pada tahun 2007.

Berbekalkan pengalaman serta kebolehan dalam bidang keusahawanan, beliau memulakan perniagaan dalam industri minyak dan gas sejak tahun 2010 sehingga kini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas