Berita

Kadar baharu duti hiburan di WP

RM160 juta diperuntukkan untuk industri kreatif. - Gambar hiasan.
- Diterbit 13 Oktober 2023 9:57 AM MYT

SEBANYAK 25 peratus kadar duti hiburan di Wilayah Persekutuan (WP)  akan diturunkan kepada kadar baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia susulan keputusan negeri Selangor yang menurunkan kadar duti hiburan.

“Pengecualian sepenuhnya duti hiburan bagi persembahan pentas oleh artis tempatan selain pengurangan lima peratus duti hiburan bagi taman tema, pusat rekreasi keluarga, pusat permainan indoor dan simulator.

“Pengurangan sebanyak 10 peratus turut diberikan bagi persembahan pentas oleh artis antarabangsa dan acara hiburan lain seperti tayangan filem serta acara sukan dan permainan,” ujar beliau ketika membentangkan Belanjawan Negara 2024 di Parlimen hari ini.

Anwar turut menyeru kerajaan negeri untuk mempertimbangkan pengurangan duti hiburan yang dilihat mampu menyokong perkembangan bakat-bakat kreatif tempatan di samping merancakkan aktiviti pelancongan negara. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas