Selera

Jom berbuka puasa di B’Cafe International Permaisuri

International diutamakan|||B CAFE International terletak di Bandar Permaisuri
- Diterbit 12 April 2021 8:39 AM MYT

RAMADAN tiba, Ramadan tiba!
Jika anda masih tercari-cari kafe yang menyajikan makanan enak dan mengenyangkan untuk berbuka puasa, apa kata jom singgah ke B Cafe International Permaisuri.

Bersempena bulan Ramadan, B’Cafe International Permaisuri tidak ketinggalan menawarkan menu istimewa buat semua pelanggan yang mahu berbuka puasa.

Ramadan Special Set disediakan sepanjang Ramadan yang menawarkan dua pilihan iaitu Set A (untuk dua orang) berharga RM 59.90 dan Set B (untuk empat orang) hanya RM 99.90.

Set A menyediakan spaghetti, Potato Wedges, kek Mousse, Mini Croissants untuk dua orang makan.

Manakala Set B turut menyediakan spaghetti, kek Mousse, Mini Croissants, Popcorn Chicken dan Potato wedges untuk empat orang makan.

Menurut pemilik B Café International Permaisuri, Nuraina Nadiah Mustapa Kamal, 22, kepuasan pelanggan amatlah diutamakan.

“Seperti biasa, kami amat mementingkan kepuasan pelanggan. Bonus buat pelanggan sempena Ramadan ini, kami menyediakan pakej Ramadan istimewa buat semua pelanggan.

“Untuk spaghetti, pelanggan boleh membuat pilihan sama ada Chicken Slice Aglio Olio, Mushroom Aglio Olio, Chicken Arabiata atau Mushroom Pomodoro.
“Selain dapat menikmati hidangan lazat, para pengunjung yang berbuka puasa di sini juga boleh menunaikan solat di surau yang kami sediakan,” ujar Aina yang sentiasa menerima komen pelanggan untu terus memberikan yang terbaik.

 

Lebih 50 aneka pastri pembuka selera

Setiap hari pastinya kita ingin melalui detik-detik indah dan sentiasa bersemangat dalam apa jua perkara yang dilakukan.

Antaranya dengan menikmati juadah ringkas yang enak seperti roti, kek mahupun pastri aneka perisa seperti coklat atau keju.
Yang pastinya, kafe milik Nuraina Nadiah Mustapa Kamal, 22, yang baru tiga bulan beroperasi ini amat mengutamakan kepuasan pelanggan.

AINA sentiasa memastikan kepuasan pelanggan B Cafe
International diutamakan

“Bagi mereka yang sibuk bekerja, saat memandu pun anda boleh menikmati kek kerana ia mudah di bawa ke mana sahaja. Pendek kata, kesibukan bukan halangan untuk makan dengan adanya aneka pilihan pastri B Cafe International Permaisuri.

“Di sini terdapat lebih 50 jenis roti, minuman dan kek dengan pelbagai perisa antaranya Signature Garlic Cheese, Mexican Chocolate, Chill Tuna Moza Toast, Hawaiian Pizza, Vienna, Spicy Chicken Floss dan Bursting Butter Bun,” ujarnya.

Katanya lagi, antara kek yang menjadi pilihan utama pelanggannya adalah Burnt Cheese Cake, Black Bear dan Tiramisu Cup.

“Jangan tidak tahu, kafe ini juga menyajikan minuman yang menyegarkan seperti Hazelnut Tiramisu Latte, Caramel Macchiato, Lychee Nectar Tea, Avocado Smoothie, Banana Smoothie, Lemon Grass dan Peach Green Tea,” ujarnya yang mengakui kafe miliknya itu sering menjadi tumpuan pelanggan.

Dalam masa yang sama, dia juga turut meluahkan rasa bertuah apabila berpeluang membuka kafe di kawasan strategik.

“Alhamdulillah, kafe ini terletak berhampiran pejabat, tempat rekreasi dan kawasan perumahan. Bagi saya, lokasi memainkan peranan yang penting untuk menarik perhatian pelanggan,” ujar lulusan Diploma Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Lendu, Melaka ini.

B CAFE International terletak di Bandar Permaisuri, Kuala Lumpur

Dalam pada itu, Aina juga menjelaskan semua makanan dari Central Kitchen B’café adalah disahkan Halal oleh pihak Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Kepada semua pengunjung terutamanya yang bergama Islam, jangan ragu-ragu untuk datang ke sini kerana bahan-bahan dan penyediaan makanan di B’Cafe International dibekalkan dari Central Kitchen yang telah disahkan Halal,” jelasnya lagi.

 

Usia muda bukan penghalang

Kalau sudah minat, sesuatu yang susah pun sanggup ditempuhi. Itulah semangat kental gadis yang mesra disapa Aina ini dalam usaha mengembangkan perniagaan bakeri ini.

“Usia muda adalah waktu yang sesuai untuk menceburi bidang bisnes. Iya, tidak dinafikan pengalaman orang muda memang kurang, tetapi langkah pertama perlu dimulakan. Masa berjalan dengan pantas. Rugi dibiarkan berlalu begitu sahaja,” ujarnya.

SELAIN kakak (duduk tengah) dan keluarga, pasukan yang bagus juga antara kekuatan Aina dalam menerajui B Cafe International Permaisuri

Kata Aina lagi, bagi memastikan dirinya terus berjaya, sokongan dan doa daripada keluarga tersayang amatlah penting.

“Keluarga adalah segala-galanya. Tanpa mereka, siapalah saya. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan mereka,” ujar Aina yang menganggap keluarga sebagai kekuatan dirinya. – WILAYAHKU

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas