Biz

Jalin kerjasama dengan MyNews… Fouziah Gous lancar FG Walet edisi terbaharu

- Diterbit 28 Februari 2024 6:00 PM MYT

JALINAN kerjasama adalah diimpikan oleh kebanyakan usahawan untuk membina bisnes lebih jauh dan capai sesuatu hasil yang luar biasa.

Berusaha keras untuk terus mengembangkan perniagaan, pelakon dan pengasas minuman kesihatan FG Walet, Fouziah Gous melancarkan siri minuman penggalak kulit baharunya bertempat di MyNews Plaza Sentral, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Fouziah Gous,39, beliau sangat teruja untuk memperkenalkan Siri Penggalak Kulit di MyNews di seluruh negara selaras dengan usaha pihaknya dalam mempromosikan gaya hidup sihat untuk pengguna semua peringkat umur.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan Siri Penggalak Kulit di MyNews kerana ia selaras dengan kepercayaan kami dalam mempromosikan gaya hidup sihat untuk pengguna semua peringkat umur.

“Produk kami sedia untuk dimakan dan semasa dalam perjalanan di cawangan MyNews menjadikannya mudah diakses dan berpatutan untuk pelanggan kami,”  katanya ditemui pada pelancaran produk premium FG Walet dengan kerjasama MyNews Plaza Sentral, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir ialah suami Fouziah, Datuk Zhafran Md Yusof serta Pengerusi Eksekutif MyNews, Dang Tai Luk bersama isterinya, Madam May.

Dalam pada itu, kerjasama unik itu membawa produk sarang burung premium oleh FG Walet boleh diakses terus ke rak MyNews yang juga rangkaian kedai serbaneka terkemuka di Malaysia.

PENGASAS FG Walet, Fouziah Gous (dua dari kiri) bersama suami Datuk Zhafran Md Yusof (kiri) serta Pengerusi Eksekutif MyNews, Dang Tai Luk bersama isterinya, Madam May

Memperkenalkan Siri Penggalak Kulit FG Walet: Rasai Perbezaan dalam 21 Hari Siri Skin Booster yang dinanti-nantikan menampilkan dua pilihan hidangan.

Sarang Burung Premium dengan Kolagen Tambahan dan Gula Batu menyasarkan untuk memerangi tanda-tanda penuaan dan meningkatkan seri kulit, manakala Sarang Burung Premium dengan Kolagen dan L-Cysteine memberi tumpuan kepada mencerahan kulit dan bertindak sebagai tenaga.

Sebagai rekod, FG Walet menggunakan sarang burung terbaik dan 100 peratus bahan semula jadi bagi memastikan pengguna menerima produk tulen yang memberi manfaat kepada kesihatan.

Komitmen yang dipegang oleh jenama ini terhadap kualitinya telah diiktiraf melalui pelbagai anugerah berprestij, termasuk Anugerah Inovatif Produk MIHAS (2023), Anugerah Pilihan Superbrands Malaysia (2020), dan Sarang Burung Pemakanan Terbaik oleh Anugerah Jenama Halal Asia (2019).

Jenama ini juga memegang pensijilan antarabangsa yang mematuhi piawaian pembuatan seperti HALAL, MESTI, GMP dan HCCP, membolehkan jenama itu mengembangkan pasarannya ke pasaran global seperti Brunei, Vietnam dan Singapura.

Lebih menarik, melalui Skim Pembangunan Ejen FG Walet, jenama itu telah membangunkan satu rangkaian usahawan di seluruh Malaysia bagi membantu mereka yang berminat untuk membina perniagaan sendiri sambil mempromosikan gaya hidup sihat menerusi produk FG Walet. – WILAYAHKU

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas