Berita

Jalan Masjid India antara sasaran operasi pembersihan

SEORANG anggota bomba melakukan semburan nyah kuman di kawasan deretan kedai di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur hari ini. Gambar NAZIRUL ROSELAN
- Diterbit 2 April 2020 5:41 AM MYT

KUALA LUMPUR – Operasi Sanitasi Awam di ibu kota diteruskan pada pagi ini dengan menyasarkan beberapa kawasan di sekitar Jalan Masjid India.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, operasi tersebut dilaksanakan di dua kawasan Parlimen iaitu Lembah Pantai dan Bukit Bintang.

“Kawasan Jalan Masjid India merupakan sebahagian daripada kawasan Parlimen Bukit Bintang yang mencatatkan kes positif Covid-19 yang tinggi,

“Parlimen Lembah Pantai juga telah diletakkan sebagai Zon Merah,” katanya kepada pemberita setelah meninjau Operasi Sanitasi Awam di Jalan Raja di sini hari ini.

KAWASAN di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman yang sering menjadi tumpuan ramai sebelum ini turut dibersihkan.

Nor Hisham berkata, lagi, operasi ini dilakukan secara berterusan mengikut nasihat daripada Kementerian Kesihatan melibatkan kawasan ‘hot spot’.

“Kita lakukan di  11 kawasan Parlimen dan ia diulang semula di lokasi berkenaan sehingga selesai,” katanya.

Terdahulu operasi berkenaa melibatkan kira-kira 100 anggota Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) selain 56 kakitangan Alam Flora Sdn. Bhd. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas