Selebriti

Isteri hamil 5 bulan, Zamarul bakal timang cahaya mata ketiga

PASANGAN bahagia ini tidak sabar menunggu cahaya mata ketiga.
- Diterbit 11 Mei 2020 4:42 AM MYT

PELAKON Zamarul berkongsi berita gembira bersama peminat, bahawa isterinya Diana Rafar kini sedang hamil lima bulan.

Pemilik nama sebenarnya Zamarul Hisham, 49, itu mengumumkan berita berkenaan menerusi satu muat naik di Instagram bersempena dengan ucapan ulang tahun kelahiran ke-38 isterinya.

Dalam ucapan berkenaan, Zamarul turut menzahirkan rasa syukur kerana dipertemukan jodoh bersama Diana.

“Selamat Hari Kelahiran buat bidadariku Diana Rafar. Terima kasih Allah kerna menjadikan dia permaisuri hidup ku.

  • “Semoga diberi kesihatan yg baik, diperluaskan pintu rezeki, sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah SWT,” tulis Zamarul.

Tambah pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan itu lagi, dia meminta agar peminat mendoakan kesejahteraan isterinya.

“Alhamdulillah kini hamil 5 bulan, doakan kesejahteraan diana dan baby semoga diberi kesihatan yg baik. Luv u ma Diana Rafar,” tambahnya.

Muat naik berkenaan mendapat pelbagai reaksi positif peminat. Masing-masing gembira dan mendoakan pasangan itu.

Terdahulu, Zamarul dan Diana yang juga seorang pelakon mendirikan rumah tangga pada tahun 2009.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Kashfi Haikal, 10, dan Kayla Reysha, 3. -WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas