Selebriti

Iqbal dan Datuk Seri Vida tak jadi kahwin ke?

|||
- Diterbit 3 Oktober 2021 4:03 AM MYT

KECOH kisah percintaan antara usahawan selebriti, Ahmad Iqbal Zulkefli dan jutawan Datuk Seri Vida yang hangat diperkatakan. Apatah lagi mereka sudah merancang untuk berkahwin.

Namun, menerusi insta story akaun milik Iqbal, dia seolah-olah memberi bayangan tidak jadi kahwin dengan Datuk Seri Vida apabila sudah membatalkan segala tempahan dewan hotel untuk upacara perkahwinan mereka.

Apa yang mengejutkan juga, Iqbal mengaku mereka sudah dua minggu tidak berhubung.

“Tidak henti lagi dari mulut Datuk Seri Vida mengatakan kami akan berkahwin. Setiap hari, setiap kali beliau live saya lihat.

“Cukup-cukuplah pergunakan masyarakat, saya dengannya sudah dua minggu tidak berhubung. Saya telah batalkan segala tempahan dewan hotel. Kasihan, tidak hanya saya rasa dipermainkan, malahan masyarakat juga menjadi keliru,” luahnya.

Sebelum ini, Iqbal dan Dato Seri Vida dikatakan akan berkahwin pada bulan Disember ini.

Bagaimanapun, hubungan mereka seperti mendapat halangan apabila tidak mendapat restu anak-anak Datuk Seri Vida iaitu Cik B dan kacak.

Dalam pada itu, Iqbal juga meluahkan rasa kekecewaannya apabila usahawan berkenaan menyebarkan cerita tidak benar sehingga menimbulkan salah faham orang ramai terhadap dirinya.

Semoga segalanya dipermudahkan. Insya Allah, Kalau dah jodoh tidak ke mana kan? – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas