Berita

Intisari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

ANGGOTA polis mengawal sekatan jalan raya bagi memastikan tidak ada individu yang cuba merentas negeri. Gambar hiasan
- Diterbit 7 Jun 2020 8:22 AM MYT

1. Perjalanan  rentas negeri dibenarkan mulai 10 Jun (kecuali melibatkan kawasan PKPD)

2. Hampir semua aktiviti dibenar beroperasi semula (kebenaran secara berperingkat dan mesti mematuhi SOP)

3. Aktiviti komersial bukan dalam premis niaga dibenarkan (dobi layan diri, penggambaran filem dan mesyuarat yang mematuhi SOP)

4. Sukan dan rekreasi dibenarkan kecuali pertandingan (tiada larangan terhadap aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan)

5. Perhimpunan di stadium masih dilarang (sukan renang masih tidak dibenarkan)

6. Pelancongan domestik dibenarkan semula (sempadan negara masih ditutup)

7. Ibadah korban dibenarkan mengikut SOP (kelonggaran lebih ramai solat berjemaah sedang diperhalusi)

8. Sekolah akan dibuka berperingkat (pengumuman terperinci dibuat KPM sedikit masa lagi)

9. Larangan terhadap aktiviti tertentu masih berterusan (pusat refleksologi, kelab malam, karaoke, kenduri dan rumah terbuka)

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas