Selebriti

Ibu Syamel meninggal dunia, “Allah lebih menyayangi Umi”

|
- Diterbit 22 Ogos 2021 11:47 PM MYT

PENYANYI popular Syamel baru sahaja kehilangan ibunya Wan Faaizah Karim telah disahkan meninggal dunia pada pukul 10.09 malam tadi.

Menerusi instagram, Syamel berkongsi berita pemergian ibunya.

“Assalamualaikum… Allah lebih menyayangi umi. Umi saya Wan Faaizah Binti Karim telah kembali menghadap pencipta pada pukul 10.09 pm tadi.

“Doakan urusan umi saya dipermudahkan. Terima kasih kerana mendoakan umi saya selama ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, rakan-rakan artis serta peminat turut bersimpati dan memberi ucapan takziah kepada penyanyi berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa arwah ibu Syamel telah dimasukkan ke hospital, namun menafikan ibunya dijangkiti COVID-19.

Sama-sama kita doakan agar Allahyarham Wan Faaizah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas