Berita

Hospital Labuan terima peralatan perubatan baharu

ISMUNI (depan) menunjukkan peralatan perubatan yang baru diterima untuk kegunaan rawatan di Hospital Labuan.
- Diterbit 18 April 2020 4:08 PM MYT

LABUAN – Hospital Labuan menerima kelengkapan perubatan yang akan digunakan untuk merawat pesakit Covid-19.

Menurut Pengarah Kesihatan Labuan, Dr. Ismuni Bohari, Hospital Labuan menerima 10 unit 4-Panel Patient Monitor dan lapan unit 6-Panel Patient Monitor serta dua unit ventilator untuk kegunaan hospital itu.

“Dalam masa terdekat banyak lagi peralatan dalam proses perolehan akan diterima,” katanya dalam laman Facebook hari ini.

Ismuni turut mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan kerajaan Malaysia.

Dalam pada itu, Labuan mencatatkan 16 kes kumulatif Covid-19 sehingga tengah hari ini.  12 kes telah sembuh dan pesakit dibenarkan pulang. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas