Berita

Fungsi PLANMalaysia kembali di bawah KPKT

BANGUNAN baharu PLANMalaysia. - Gambar hiasan (Insan PLANMalaysia)
- Diterbit 18 April 2020 4:05 PM MYT

PUTRAJAYA – Fungsi PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) kini diletakkan kembali di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) selepas penstrukturan semula kerajaan pusat.

PLANMalaysia menerusi notis pemakluman yang dikeluarkan hari ini turut mengucapkan terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan seluruh pentadbiran Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) selepas ditadbir urus kementerian berkenaan kira-kira dua tahun.

“PLANMalaysia mengharapkan kerjasama strategik antara jabatan dan KWP akan berterusan di masa hadapan untuk memartabatkan pembangunan spital negara yang mampan demi kesejahteraan dan keselamatan negara,” katanya.

Pada 19 Oktober 2019, Menteri Wilayah Persekutuan pada masa itu, Khalid Abd. Samad mengumumkan PLANMalaysia akan beroperasi di bawah pentadbiran KWP, namun fungsinya tetap sama dan menyeluruh. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas