Berita

Hospital Labuan terima 32 mesin perubatan

ANTARA kelengkapan perubatan baharu yang diterima Hospital Labuan.
- Diterbit 1 Mei 2020 4:06 PM MYT

LABUAN – Hospital Labuan menerima 32 mesin perubatan bagi keperluan merawat pesakit Covid-19.

Menurut Pengarah Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari, pihaknya telah menerima 4 unit mesin Portable Ventilator, 20 unit Electronic Syringe Pump, 4 unit Infusion Pump dan 4 unit Syringe Pump Lock.

“Alhamdulillah, Hospital Labuan telah menerima peralatan ini dan saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan serta pihak Pengurusan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam laman Facebook hari ini.

Terdahulu, dua zon di Labuan telah direkodkan sebagai zon hijau iaitu Sub-Zone 2 dan Sub-Zone 1 manakala Sub- Zone 3 masih berada di zon kuning. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas